Terkini

Kerana Isu #KimK, Nur Fazura Kehilangan 200,000 Pengikut Instagram

Berpunca daripada salah faham di antara kenyataan peminat di Instagram berkaitan isu KimK tempoh hari, Fazura kehilangan kira-kira 200,000 peminat di laman Instagramnya.


Kerana Isu #KimK, Nur Fazura Kehilangan 200,000 Pengikut Instagram
Kerana Isu #KimK, Nur Fazura Kehilangan 200,000 Pengikut Instagram
Followers Fazura di Instagram sebelum ini sudah mencapai 1.8 juta, kini berkurang kepada 1.6 juta.

Manakala wanita yang menjadi perhatian kerana isu tersebut dengan menggunakan nama – vii.narza di Instagram kini sudah pun mencapai 32,000 pengikut. Okay, followers pun sudah ramai, apa lagi, boleh buat IG Review berbayar. Gurau saja.


Baca: Tak tahan dikutuk jadi bahan lawak peminat, Nur Fazura buat laporan polis?

Baca: Nur Fazura nafi berjumpa pemilik IG vii.narza untuk selesai isu #KimK


Komen terbaru Nur Fazura di Instagram:

Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih. Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain. Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning? Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don't comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always ❤️


Smeentara itu, reaksi peminat di laman Instagram Fazura masih lagi tidak henti-henti mempertikaikan tindakan pelakon dan juga penyanyi tersebut yang masih tidak mahu meminta maaf berhubung isu berkenaan. Fazura pun ambil keputusan untuk berdiam diri.

Nur Fazura
Nur Fazura
Apa yang pasti, perkara ini sekaligus memeriahkan industri seni tanah air ketika ini selain menghiasi kalendar hiburan sepanjang 2015. Moga apa yang berlaku di antara dua insan ini akan berakhir dengan sesuatu yang baik. (rtky/s)


No comments