Terkini

Kes bunuh 4 individu di Tapah: 2 beranak disambung tahanan reman

Ipoh – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman selama 38 hari lagi terhadap mekanik dan anak lelakinya dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah.


Kes bunuh 4 individu di Tapah: 2 beranak disambung tahanan reman
Kes bunuh 4 individu di Tapah: 2 beranak disambung tahanan reman
Perintah lanjutan tahanan reman bermula esok, terhadap dua beranak itu dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd Noor di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

BACA: Kes Bunuh Tapah: 2 Beranak Direman 21 Hari Lagi Untuk Siasatan


Dua beranak itu sebelum ini ditahan reman selama 21 hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah akta sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memohon perlanjutan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 57 tahun dan 20 tahun bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

“Permohonan melanjutkan tempoh reman kedua-dua suspek adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan perbuatan yang dilakukan suspek telah mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada penduduk setempat,” kata Mohamad Suffian.


Dua beranak itu yang tiba di mahkamah dengan kereta polis pada 8.45 pagi dengan kawalan ketat polis sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Tapah pada 10.53 pagi.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas, lapor Bernama.



No comments