Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama Di Muar, Jiran Didakwa Di Mahkamah

SEORANG pegawai kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, pada Khamis atas tuduhan membunuh kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Bukit Pasir, di sini, bulan lalu.


Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama: Jiran Didakwa Di Mahkamah
Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, tertuduh yang dikenali sebagai Zurailie Muhamad, 30, hanya meggangguk faham dan tidak pengakuan direkodkan.

Baca: Ingatkan Nepal je.. Rupanya jiran pun disyakki terlibat membunuh kerani


Menurut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap, Muar, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Tertuduh yang merupakan jiran mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes ini dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala Zurailie tidak diwakili peguam.


Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak, ditahan reman selama tujuh hari selepas didapati memberikan kenyataan bercanggah dengan kenyataan awal. - myMetro


No comments