Terkini

Kes kehilangan guru besar masih disiasat, walaupun operasi SAR dihenti

Kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, memasuki hari ke-56 hari ini namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.


Kes kehilangan guru besar masih disiasat, walaupun operasi SAR dihenti
Kes kehilangan guru besar masih disiasat, walaupun operasi SAR dihenti
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata polis telah melakukan pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan buntu.

BACA: Guru Besar Hilang Di Hutan Berhampiran Perkampungan Orang Asli


“Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan
pada 10 Nov lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

BACA: Hari Ke 9: Veteran Komando Bantu Operasi Mencari Guru Besar Hilang

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Okt lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer, lapor Bernama.



No comments