Kes Khalwat: Shah Jaszle dedah saat beliau diperangkap Farah Nurizzati

Kes Shah Jaszle yang ditangkap khalwat bersama Farah Nurizzati kira-kira dua tahun lepas merupakan kontroversi yang cukup hangat kerana beliau pada waktu itu bergelar tunangan kepada Redzwani Putri.


Kes Khalwat: Shah Jaszle dedah saat beliau diperangkap Farah Nurizzati
Dihimpit dengan pelbagai persoalan Shah mengaku tidak bersalah dan menyatakan ia satu perangkap.


Shah akhirnya mendedahkan situasi sebenar semasa beliau diperangkap oleh Farah ketika memberikan keterangan berhubung kes tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah semalam.

Menurut Shah, beliau yakin Farah pada waktu itu sengaja memerangkap beliau kerana cuba untuk memutuskan pertunangan bersama Redzwani.

Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya. Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya yang mahu saya putus tunang ketika itu.

Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu.

Menguatkan lagi kenyataan Shah bahawa beliau diperangkap ialah ayat pertama yang keluar daripada mulut Farah sebelum wanita berkenaan membuka pintu.

Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya. Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya.

Gambar mesrs Shah Jaszle dan Farah Nurizzati sebelum ditangkap khalwat
Tidak mahu mengaku kalah dan ingin membersihkan nama beliau, aktor tersebut yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Hanis Husna memberitahu beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau diperangkap.


Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Sumber Berita: mStar Online


No comments