Kes Serangan Seksual Wanita New Zealand, Ada Kaitan Dadah, Sihir?

Bekas diplomat Malaysia, Mohammed Rizalman Ismail mengaku bersalah menghisap ganja dan membeli dadah sintetik ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Wellington, New Zealand pada Jumaat.


Mohammed Rizalman Ismail
Kes Serangan Seksual Wanita New Zealand, Ada Kaitan Dadah, Sihir?
Sebelum ini, pada Isnin, lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas dakwaan berkelakuan tidak sopan menyerang seorang wanita negara itu.



Rizalman yang juga bekas kakitangan pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berkata, dia percaya wujud unsur sihir tetapi menafikan berada di luar kediaman wanita terlibat untuk tujuan itu.

Bekas pegawai kerajaan yang mengaku bertindak terhadap Tania Bilingsley pada 10 Mei 2014 itu memberi keterangan berhubung kes berkenaan di mahkamah pada Jumaat.

Pendakwa Raya, Grant Burston juga bertanya kepada Rizalman mengenai kenyataannya ketika berada di Malaysia iaitu memiliki dan membeli ganja sintetik.

Apabila ditunjukkan rekod bank, transaksi $18.95 di Cosmic, Cuba pada 2 Mei tahun lalu, Rizalman mengaku membuat pembelian di premis itu.


Burston berkata, kakitangan kedai itu berkata, Rizalman membeli ganja tahap tinggi berharga $15 dan rokok $4 dan ia diakui tertuduh.

Disoal mengenai bukti bahawa kakitangan premis sama bahawa Rizalman bertanyakan kepada dua pembantu kedai wanita sama ada mereka mempunyai teman lelaki dan apa rancangan mereka pada hari itu, Rizalman hanya menjawab “mungkin”.

Burston kemudiannya bertanya jika benar Rizalman mengajak salah seorang wanita di premis itu keluar minum bersamanya selepas waktu kerja dan untuk soalan itu juga Rizalman hanya membalas “mungkin”.

Seorang daripada wanita berkenaan bagaimanapun meminta Rizalman supaya tidak mengganggunya, kata Burston, bagaimanapun bekas diplomat itu hanya menjawab, “Saya tidak ingat,” apabila pihak pendakwaan bertanya sama ada benar dia menarik bahu wanita berkenaan.

Kata Burston, Rizalman memberitahu pakar psikiatrik pada Ogos bahawa dia tidak menggunakan sebarang dadah selain arak.

Tertuduh bagaimanapun mengaku membeli ganja tahun lalu tetapi tidak ingat menggunakannya dan mungkin juga untuk menghilangan tekanan kerja.

Dia percaya wujudnya sihir dan mendakwa adanya pegawai kanan yang juga seorang ‘pakcik’ yang juga seorang bomoh telah menyihirnya.

Apabila ditanpa apakah dia tahu bahawa melakukan sihir supaya wanita mencintainya, Rizalman berkata: “Saya tidak tahu kerana tidak pernah melakukannya.”

Rizalman juga menafikan disebabkan sihir juga dia menanggalkan tali pinggang, membuka seluar dan seluar dalamnya di luar pintu rumah mangsa.

Tertuduh juga menafikan dia pernah ke kelab bogel, Mermaids kerana berminat untuk mencari wanita yang menawan, sebaliknya kata Rizalman dia ke situ untuk mendengar muzik dan melepaskan tekanan.

Ringkasan yang dibacakan dalam mahkamah itu menyatakan pada 9 Mei tahun lepas, Billingsley sedang berada di rumahnya di Brooklyn kawasan sub bandar Wellington di mana pejabat kedutaan Malaysia berada dan dia terdengar ketukan dari pintu biliknya.


Rizalman kemudian masuk dengan keadaan tidak berseluar. Billingsley menjerit dan bergelut dengan Rizalman dan berjaya menghalaunya keluar dari rumah sebelum menelefon polis.

Burston berkata sikap Rizalman lebih kepada dibawah pengaruh dadah.

Atas pertuduhan serangan itu dia boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun di New Zealand.


No comments