Komen pedas Harith Iskandar tentang isu #2Kerja untuk Ahmad Maslan

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengulas mengenai isu kos sara hidup yang tinggi dan mengatakan rakyat seharusnya melakukan dua kerja untuk menampung kehidupan pada masa kini dan itu telah menjadi kebiasaan rakyat.


Komen pedas Harith Iskandar tentang isu #2Kerja untuk Ahmad Maslan
Komen pedas Harith Iskandar tentang isu #2Kerja untuk Ahmad Maslan
Kenyataan beliau telah mendapat respon yang negatif dari pelbagai pihak. Pada kenyataannya terbaru, beliau menegaskan yang dia juga sedang melakukan tiga kerja kononnya turut bersusah payah untuk mencari rezeki.

BACA: “Saya ada 3 kerja, ramai dah di Malaysia buat #2kerja” - Ahmad Maslan



Namun, ada juga yang mengambil berat mengenai isu ini termasuklah pelawak negara kita, Harith Iskandar yang telah memuat naik status di facebook dan menjelaskan kerja yang berbeza itu lain dari melakukan perkara yang berbeza.

I am a comedian, emcee, writer, actor, coach, director. That does NOT mean I have 6 jobs. It means I do 6 different...
Posted by HARITH ISKANDER on Sunday, December 27, 2015

Di dalam konteks pekerja kerajaan, anda boleh kata saya pegang enam pekerjaan berbeza. Kerja adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari, sepanjang hari. Jadi, untuk seseorang itu mempunyai dua pekerjaan, maksudnya dia perlu bekerja minimum 2 kali dalam 8 jam sehari – iaitu 16 jam waktu bekerja setiap hari.

Malah, ramai yang menyokong dengan kenyataan Harith di Facebook itu. Sepatutnya apabila seorang menteri itu hendak keluarkan kenyataan seharusnya berfikir dahulu.

Kalau benda itu berasas dan boleh diterima ramai tentu perkara ini tidak akan berlanjutan.



No comments