Lelaki dakwa dirinya Imam Mahdi, buat sidang akhbar di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyelaras tindakan bersama Jabatan Agama Islam Negeri menyiasat kes seorang lelaki mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan masuk ke negara ini untuk menyebarkan ajarannya.


Lelaki Indonesia mendakwa dirinya IMAM MAHDI, dan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.


“JAKIM memandang serius isu seorang warga Indonesia yang bernama Muhammad Zubir Amir Abdullah, yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan masuk ke Malaysia untuk berdakwah kepada masyarakat di negara ini.

“Kami berharap beliau dapat segera menghentikan perbuatan itu dan menyeru rakyat negara ini supaya tidak terpengaruh dengan ajaran serta dakwaan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.




Khamis lalu, Muhammad Zubir mendakwa dirinya telah pun dibai’ah atau sumpah setia dan taat dan diperakui oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi dalam satu upacara di Makkah pada 18 Julai lalu.


Othman berkata, pihaknya berbesar hati dan menyambut baik kesediaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memulakan siasatan terhadap lelaki berkenaan kerana isu ini berkaitan dengan akidah yang menjadi perkara pokok dalam Islam.

“Komitmen Timbalan Perdana Menteri yang akan membantu dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan terhadap lelaki berkenaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah KDN, amat dihargai,” katanya.


No comments