Lelaki mualaf ini jelaskan kenapa dia jual donut dengan harga 10 sen

Gambar seorang lelaki menjual kuih donatnya dengan harga 10 sen sebiji menjadi viral dimedia sosial, terutamanya di Facebook.


Lelaki mualaf ini jelaskan kenapa dia jual donut dengan harga 10 sen
Lelaki mualaf ini jelaskan kenapa dia jual donut dengan harga 10 sen
Dibawah Muhammad Waliuddin Chua, 24, menjelaskan kenapa harga donatnya tersangat murah...

“Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, ”

BACA: Ramai Tak Percaya Abang Hensem Ini Jual Donut Hanya 10 Sen Sebiji

Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.


"Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.

"Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga," katanya.

Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di sini, hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual, walaupun dia boleh menjual dengan harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat dijualnya.



Anak muda yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013.

Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan.

Menurutnya, dia mula menjual donat 10 sen itu sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar di laman sosial, permintaannya amat menggalakkan.

Pada hari ini saja, dia menerima tempahan 1,500 biji donut selepas bermula hanya dengan 100 biji pada hari pertama.


Dengan peralatan yang terhad termasuk terpaksa meminjam kuali untuk menggoreng, dia dibantu rakan serumahnya untuk menyiapkan tempahan berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mula mengambil kesempatan di atas kemulian hatinya itu apabila membeli donatnya dan menjual kembali dengan harga yang lebih mahal.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal.

"Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit," katanya.

Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan ‘viral’ menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita, malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka.

"Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

"Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini," katanya.

Dalam pada itu, hasil inisiatif Harian Metro, Biro Pekerja Muda di bawah Exco Pemuda UMNO Malaysia menghulurkan bantuan.

Menerusi Pengerusinya, Dazma Shah Daud, biro itu menyampaikan sumbangan peralatan memasak kepada Muhammad Waliuddin.

"Peralatan berkenaan ialah bantuan segera untuk memudahkan pemuda itu menyiapkan tempahan dan kami sedang berusaha untuk memberi bantuan lain termasuk kewangan.


"Usaha anak muda ini perlu dicontohi kerana dia antara golongan yang mencari jalan penyelesaian ketika berdepan kenaikan kos sara hidup," katanya ketika melawat Muhammad Waliuddin di rumahnya tengah hari tadi.

Sementara itu, seorang pelanggan, L Thilashiny,24, yang juga jirannya berkata, dia mengetahui mengenai donat 10 sen itu melalui FB dan mahu merasai sendiri keenakannya.


"Kakak saya mengesyorkan saya mencuba sendiri donat murah ini. Saya beli RM2 dan saya akan bawa ke pejabat untuk makan bersama-sama rakan kerana sukar untuk mendapatkan makanan dengan harga semurah ini," katanya. Sumber: myMetro


No comments