Terkini


“Lil Sentiasa Dalam Doa Mak Iti... Al-Fatihah..” – Siti Nurhaliza

PENYANYI Siti Nurhaliza dalam akaun Twitter rasminya turut berkongsi kesedihan atas kemangkatan Allahyarham yang meninggal dunia di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 7.11 malam tadi.


“Lil Sentiasa Dalam Doa Mak Iti... Al-Fatihah..” – Siti Nurhaliza
“Lil sentiasa dalam doa Mak Iti, Al-Fatihah..” – Siti Nurhaliza
“Al-Fatihah… Perginya seorang peminat diraja saya. Patik akan selalu kenang YAM (Yang Amat Mulia) Tunku Laksamana Johor. Terlalu banyak kenangan manis,” tulis Siti Nurhaliza semalam.

BACA: Siti Nurhaliza kongsi perbualan terakhir dengan Almarhum Tunku Jalil


Dalam laman sosial Instagram penyanyi itu pula hari ini, Siti Nurhaliza turut menyifatkan Allahyarham sebagai putera raja yang berjiwa rakyat dan memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi Allahyarham yang dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah.

Siti Nurhaliza yang kini berpantang setelah keguguran kan­dungan sulungnya, sememangnya rapat dengan Tunku Laksamana Johor itu dan beberapa kali melawat Allahyarham selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Guangzhou, China tahun lalu.

“Putera Raja yang berjiwa rakyat… Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau dan pemberi semangat tiap kali saya kesedihan… Tiada lagi panggilan ‘makiti’ daripada insan yang bernama YAM Tunku Jalil.

BACA: “Terlalu banyak kenangan manis dengan Tunku” - Datuk Siti Nurhaliza


“Lil, maafkan Makiti tak dapat menziarah Lil buat kali terakhir namun Lil sentiasa dalam doa Makiti…Al-Fatihah,” menurut penyanyi itu yang turut memuatkan beberapa gambar bersama Allahyarham.


Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis tanah air turut berkongsi berita kemangkatan Allahyarham menerusi laman sosial Instagram iaitu Amy Search, Nora Danish, Fara Fauzana dan Erra Fazira.




No comments