Lima Tempat Jual Pisang Goreng Cheese Yang Buat Korang Meleleh!..

Pisang Goreng Cheese atau digelar sebagai Gorpis kini semakin popular dikalangan masyarakat kita meskipun pencuci mulut itu datangnya daripada Indonesia.


Pisang Goreng Cheese
Pisang Goreng Cheese
Gerai-gerai yang menjual pisang goreng cheese juga tumbuh bagaikan cendawan di sekitar Lembah Klang. Kerangupan pisang goreng bersama topping keju, coklat dan gula menjadikan ianya enak dimakan panas dan lemak berkrim.


Jadi kepada anda yang ingin mencari di mana jualnya pisang goreng cheese yang boleh buat anda ‘meleleh’, berikut 5 lokasi popular di sekitar Lembah Klang:

1. Kopi XOXO & The Gorpis @ Bangsar

Lokasi: 3 Jalan Riong, Off Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur
Buka 12.30pm hingga 9.30pm kecuali Isnin
Selain menu hidangan utama di Kopi XOXO, terdapat satu lagi pelaris utama di sini iaitu The Gorpis. The Gorpis adalah pisang goreng cheese yang paling popular di Kuala Lumpur. The Gorpis di Kopi XOXO menawarkan beberapa pilihan yang sedikit berbeza iaitu seperti White Chocolate, Chocolate, Strawberry dan Original. Dengan kesedapan The Gorpis, tak hairanlah ramai orang yang datang ke Kopi XOXO ini semata-mata untuk membeli The Gorpis. Menariknya, The Gorpis menggoreng pisang berdasarkan jumlah tempahan, mereka tidak akan menggoreng pisang awal-awal dan sekadar menabur cheese sahaja. Mereka akan memastikan pelanggan dapat menikmati The Gorpis ketika dalam keadaan panas.


2. The Pisang Cheese

Lokasi: Restoran Jamal Mohammed, 24, Jalan SS5A / 9, Kelana Jaya, Selangor.
Hari Operasi & Waktu: Selasa – Jumaat jam 10 pagi hingga 5 petang, Sabtu dan Ahad pula dari 9 pagi hingga 5 petang. Isnin tutup.
Tips: Biasanya habis dijual sampai jam 5 atau 6 petan
Harga: RM5 – RM7 (bergantung kepada rasa)
Populariti tempat ini tidak perlu dijelaskan lagi, hal ini kerana, dalam 50-80 tandan pisang dijual dalam temph sehari sahaja. Satu lagi bahagian yang menarik tentang kedai ini adalah perkhidmatan penghantaran mereka. Mereka mempunyai perisa original, coklat, coklat putih, karamel, kayu manis, dan rasa kopi malah membenarkan campuran 4 perisa yang berbeza.

3.Banana Paradise

Lokasi: Jalan 3 / 27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Hari Operasi & Waktu: Dari 2 petang hingga 6.30 petang setiap hari
Harga: RM5 setiap set
Perniagaan milik keluarga telah beroperasi selama 15 tahun tetapi hanya mula menjual perisa cheese sejak tahun lepas. Kelebihan mereka ialah pisang yang secara khusus diperolehi dari Gua Musang, Kelantan. Kedai itu hanya menggunakan dua jenis pisang untuk perniagaan – pisang abu dan pisang nangka. Selain pisang goreng, di sini juga menjual keledek goreng, keropok lekor, fried soycake atau tempe goreng.

4. Pisang Cheese Jakarta

Lokasi: Restoran Lawangsari, Jalan Plumbum X 7 / X (Di belakang Pasaraya Giant Seksyen 7), 40000 Shah Alam
Hari Operasi & Waktu: Isnin-Jumaat 9 pagi hingga 5.30 petang
Harga: RM6 – RM8
Facebook Pisang Cheese Jakarta
Walaupun namanya Pisang Cheese Jakarta tetapi pemiliknya Uncle Ahmad Lim adalah 100% Malaysia. Menarik tentang kedai ini ialah, terdapat beberapa ramuan pelik resepi pisang goreng termasuk Mandarin Melted Cheese dihidangkan dengan hirisan nipis limau mandarin, mereka juga mempunyai Oreo dan kegemaran orang ramai adalah Chocolate Messy. Resepi mungkin terbukti baik kerana Pisang Cheese Jakarta mempunyai lebih daripada 5 cawangan di seluruh Lembah Klang.

5. Din Pisang Goreng Cheese

Lokasi: Sepanjang Jalan 1 / 23E, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur (Dekat Tayaria Car Workshop)
Hari Operasi & Waktu: 2 petang – 7.30 petang setiap hari
Harga: RM5 sekotak
Hubungi: Tiada. Anda perlu pergi ke sana & lihat sendiri
Cheese bersama gula merah dan susu pekat di atas pisang goreng adalah salah satu yang paling laris di Din Pisang Goreng Cheese. Pemilik, seorang pemuda yang bernama Din mengatakan bahawa mereka menjual 140kg pisang setiap hari. Tidak seperti yang lain Din Pisang Goreng Cheese masih setia kepada resipi asal tanpa coklat, manis atau perisa pelik.

Olahan semula Syafiqah Jalal: Sumber : Female.com.my


No comments