Terkini

Mahkamah putuskan penukaran agama anak ditentukan Mahkamah Syariah

Mahkamah Rayuan dengan keputusan majoriti hari ini mengekalkan kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapanya hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.


Kes Indira Gandhi
Indira Gandhi, ibu kepada 3 anak yang ditukarkan kepada agama Islam, di luar Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini. Di kanan ialah peguamnya, M. Kula Segaran. – Gambar The Malaysian Insider
Hakim Datuk Baliah Yusof Wahi berkata, mengikut pendekatan subjek permasalahan tersebut, penukaran agama perlu ditentukan mahkamah agama.

"Atas sebab ini, kami ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.


Turut bersetuju dengan Balia adalah Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.

Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Bakar dalam hujah penentangannya berkata, penukaran berkaitan agama itu merupakan perkara pengurusan pentadbiran semata-mata.

Prasana Diksa
Mohd Rizduan Abdullah bersama anak perempuannya, Prasana Diksa, hasil perkongsian hidup dengan Indira Ghandi. Kedua-dua mereka telah memeluk Agama Islam. Foto mStar: 30 Jun 2014.

Beliau berkata, penukaran dilakukan Pendaftar Pertukaran Agama tetapi tidak mengikut undang-undang sepenuhnya.

"Undang-undang menyatakan anak-anak perlu membuat permohonan tersebut dan bapanya perlu memberi keizinan," katanya.

Dalam kes ini, katanya, bapanya yang membuat permohonan tersebut.

"Jadi semua yang berlaku tidak sah daripada mula lagi," tambah Hamid.

Hakim itu juga berkata isu pertukaran agama ini tidak akan selesai selagi hakim tidak menghayati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. – TMI: 30 Disember, 2015.



No comments