“Majlis akad nikah, kami adakan serba ringkas sahaja...” - Nabila Huda

Ketika majlis perasmian Cahaya Jiwa Saiful Kadir dan Amy Search di Istana Budaya, Amy telah mengumumkan bahawa anak sulungnya, Nabila Huda akan berkahwin buat kali kedua pada 25 Disember ini.


“Majlis akad nikah, kami adakan serba ringkas sahaja...” - Nabila Huda
“Majlis akad nikah, kami adakan serba ringkas sahaja...” - Nabila Huda
Bakal suami Nabila Huda adalah pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar.

Dalam majalah Media Hiburan terbaru, Nabila berkata, untuk majlis perkahwinan kedua ini, dia memilih untuk mengadakan majlis yang serba ringkas sahaja.

Baca: Amy Search sahkan Nabila Huda Bakal Bergelar Isteri 25 Disember Ini

"Apa yang saya bayangkan, majlis perkahwinan itu nanti akan diadakan secara serba ringkas di mana ia hanya melibatkan majlis pernikahn sahaja. Sekiranya perkahwinan kali ini jadi seperti apa yang saya fikir, saya bayangkan dan saya impikan, insyaAllah ia adalah yang terakhir dalam hidup saya," ujar Nabila.


Untuk rekod, Nabila, 31, pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, pada Disember 2008 namun bercerai pada 2011.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. Sumber: Media Hiburan



No comments