Terkini

Majlis pernikahan Nad Zainal diadakan secara tertutup tanpa liputan media

Pelakon Nad Zainal akan melangsungkan majlis pernikahannya dengan Muhammad Faliq Amirudin, 27, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 18 Disember ini termasuk tiada liputan media.


Nad Zainal dan Faliq
Majlis akad nikah Nad Zainal diadakan tertutup tanpa liputan media
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, memberitahu perlu menghormati permintaan pihak keluarga yang mahukan privasi pada majlis istimewa itu.

BACA: Nad Zainal Akan Umum Pernikahan Sekiranya Perkara Sudah Disahkan!..


“Majlis akad nikah akan diadakan selepas Zuhur di Bukit Jelutung dan ia akan dijalankan secara tertutup untuk ahli keluarga kami sahaja.

“Manakala majlis persandingan atau resepsi pula pada sebelah malam akan diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana saya menjemput teman rapat, sanak saudara dan rakan media,” ujarnya kepada mStar Online.


Nad dan Muhammad Faliq yang berkerja sebagai pekerja belakang tabir mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu.


Kata Nad, sikap sederhana dan berpendirian membuatkan dia yakin dengan keputusannya mendirikan rumahtangga dengan pemuda tersebut.


No comments