Terkini

‘Mana tokoh agama ketika rakyat dihimpit isu kos sara hidup?’ – Dr. Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyifatkan reaksi yang diberikan tokoh-tokoh agama di negara ini berhubung isu yang dibangkitkan kumpulan bekas penjawat awam G25 sebagai ‘agak menarik’.


‘Mana tokoh agama ketika rakyat dihimpit isu kos sara hidup?’ – Dr. Maza
Beliau yang mesra disapa Dr.MAZA, dalam kemaskini status di akaun Facebook semalam berkata, agak pelik apabila tiada yang berani bersuara setegas itu apabila timbul isu-isu yang melibatkan dokumen-dokumen penting, walhal isu-isu tersebut ada kaitan secara langsung dengan masyarakat awam.


Ia memperlihatkan seolah-olah adanya perbezaan treatment apabila membicarakan isu mana yang harus diberi perhatian dan dibicarakan habis-habisan.

“Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini,” tulis Dr.MAZA.

Dr.MAZA turut membangkitkan bagaimana tiada tokoh agama yang mahu tampil ke hadapan membincangkan isu kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi di negara ini.

Hal ini katanya, dibimbangi akan memberi tanggapan yang tidak elok terhadap Islam kerana orang bukan Islam khususnya, akan mempersoalkan apakah yang diperjuangkan Islam sebenarnya.


Kumpulan G25 sebelum ini membuat beberapa kenyataan yang bertentangan dengan hukum Islam sehingga Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, menyarankan agar kumpulan itu dimansuhkan. -Awani


No comments