Terkini


Mangsa yang dimalukan Fazura isu #KimK, Akhirnya tampil buka mulut

MANGSA yang dimalukan oleh aktres Fazura berhubung isu ‘KimK’, akhirnya membuka mulut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.


Mangsa yg dimalukan Fazura isu #KimK, Akhirnya tampil buka mulut
Jelas wanita yang dikenali sebagai Vii Narza menerusi Instagramnya itu, dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya dan tiada sebab untuk menberi komen mencarut.


“Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.”

BACA: Tak tahan dikutuk jadi bahan lawak peminat, Nur Fazura buat laporan polis?


“Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik,” katanya kepada mStar Online.

Vii Narza
Vii Narza

Pada masa yang sama, Vii Narza mengakui terkejut apabila komennya itu menimbulkan amarah Fazura.

BACA: Nur Fazura nafi berjumpa pemilik IG vii.narza untuk selesai isu #KimK

BACA: Kerana Isu #KimK, Nur Fazura Kehilangan 200,000 Pengikut Instagram


Pada Rabu lalu, nama Fazura hangat diperkatakan selepas bertindak memalukan Vii Narza di laman Instagram gara-gara komen yang ditinggalkan peminatnya itu telah disalah tafsir.


Vii Narza yang memberi komen “Macam kimK yang depan tu” terhadap sekeping gambar Fazura bersama dua orang rakannya itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura.


Walhal, perkatan KimK yang dimaksudkan Vii Narza adalah merujuk kepada artis antarabangsa, Kim Kardashian.

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat mengkritik pelakon ini yang disifatkan angkuh dan sombong kerana enggan memohon maaf berhubung isu ini.


No comments