Terkini

Mayat Lelaki Dihurungi Ikan Ditemui Terapung-apung Dalam Kolam!!..

Pontian – Mayat seorang lelaki tempatan dipercayai telah meninggal dunia akibat lemas tiga hari lalu, ditemui di dalam sebuah kolam ikan di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, di sini, tengah hari tadi.


Mayat Lelaki Dihurungi Ikan Ditemui Terapung Dalam Kolam
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, ‎anggota dari Balai Polis Pekan Nanas menerima maklumat tentang penemuan mayat terbabit dimaklumkan oleh penduduk kampung yang melihat mayat terbabit kira-kira jam 12 tengah hari.


‎Jelasnya, sebaik tiba di lokasi kejadian anggota polis telah menemukan mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30an yang sudah lemas.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, bagaimanapun pihak polis percaya mayat tersebut merupakan orang tempatan.

“Sejurus mayat itu ditemui, polis menjalankan siasatan berhubung laporan kehilangan orang di sekitar daerah Pontian. Namun tiada sebarang laporan kehilangan orang yang diterima dalam masa terdekat ini,” katanya.

Katanya lagi, mayat telah di bawa ke bilik forensik Hospital Pontian untuk dibedah siasat.

“Buat masa sekarang, polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian ini dan sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa.


“Ini kerana siasatan awal dijalankan, penduduk kampung tidak mengenali mangsa,” katanya.

Kerja-kerja mengeluarkan mayat daripada kolam ikan terbabit turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, lapor Sinar Harian.


No comments