“Mereka Pukul Saya Dengan Kayu Dan Peralatan Dapur....” - Mangsa

Dhaka – Seorang kanak-kanak yang bekerja sebagai pembantu rumah mendakwa didera majikannya yang juga merupakan seorang bintang sukan kriket.


mangsa dera
“Mereka Pukul Saya Dengan Kayu Dan Peralatan Dapur” - Mangsa
Laporan CNN mengatakan Mahfuza Akhter ditemui orang awam di tepi jalan di bandar Dhaka sambil menangis dan mempunyai kesan lebam di muka dan badan.


Mahfuza mendakwa beliau sebelum itu bekerja dengan Shahadat Hossain dan isteri, Nritto Shahadat.

“Mereka pukul saya dengan kayu dan peralatan dapur. Mereka juga menumbuk, menampar dan mencakar saya,” kata Mahfuza sambil menunjuk bekas parut kesan penderaan.

Hossain dan isteri kini berada dalam tahanan reman dan menghadapi tuduhan mendera kanak-kanak dan mengambil pekerja dibawah umur.



No comments