Terkini

Muhyiddin Mesti Dibenar Berucap Untuk Bela Diri, Kata Perwakilan

Perwakilan perhimpunan Agung Umno menyifatkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menyerang pengkritiknya secara terbuka dalam ucapan perasmian pagi ini sebagai tidak berlaku adil.


Muhyiddin Mesti Dibenar Berucap Untuk Bela Diri, Kata Perwakilan - Gambar MalaysiaKini
Beberapa perwakilan Umno menyifatkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menyerang pengkritiknya secara terbuka dalam ucapan perasmian pagi ini sebagai tidak berlaku adil apabila tidak memberi peluang kepada mereka membela diri.


Najib hari ini menyerang pengkritiknya dengan mengingatkan mereka tugas timbalan presiden dan naib presiden adalah membantu presiden.

Ia susulan kecaman Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perhimpunan awal minggu ini yang meminta perdana menteri berehat seketika.

“Muhyiddin sudahlah tidak diberikan peluang berucap, macam mana beliau nak bela diri?” soal seorang perwakilan dari Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar.

Dalam perhimpunan kali ini, Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap yang menjadi tradisi parti, malah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dinafikan haknya.

Shafie turut digugurkan daripada Kabinet bersama-sama dengan Muhyiddin kerana secara terbuka mengkritik Najib.


Hamidi juga menyatakan kekecewaannya apabila nama Muhyiddin dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai ayahanda kepada akar umbi, juga tidak diumumkan semasa dalam dewan ketika Najib menyampaikan ucapan.

“Nama Tun M (Dr Mahathir) pun tidak sebut… Apa ni?” soalnya. – TMI


No comments