Neelofa Nafi Jadi Isteri Ketiga VVIP, Jualan Tudung Cecah RM 50 Juta

Bermula dengan menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010, nama Neelofa Mohd Noor meniti di bibir peminatnya tahun lepas setelah memperkenalkan satu jenama tudung sendiri iaitu Naelofar Hijab.


Neelofa
Neelofa Nafi Jadi Isteri Ketiga VVIP, Jualan Tudung Cecah RM 50 Juta
Tudung Neelofa mendapat sambutan yang amat menggalakkan di pasaran.

Lapor BBC, jualan tudung Neelofa mencecah nilai RM 50 juta tahun ini walaupun terdapat kontroversi mengenai rekaan dan juga isu dengan pengedar tudungnya.


Justeru, tidak keterlaluan untuk mengataan Neelofa kini bergelar jutawan hasil peniagaan tudungnya yang laku dan laris bak pisang goreng panas di pasaran.

Tudung Neelofa dijual di butik sendiri dan melalui 700 orang pengedar sah di seluruh negara. Ia juga dijual dalam talian dan sedia dihantar kepada mana-mana pelanggan di seluruh dunia.

Naelofar Hijab
Salah satu koleksi Naelofar Hijab
Dengan pengedar di pelbagai negara seperti Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika syarikat, matlamat Neelofa ialah untuk menjadikan Naelofar Hijab satu jenama global.

Namun agak pelik apabila timbul satu gosip yang mengatakan Neelofa kini menjadi isteri ketiga seorang VVIP yang sudah berusia dan pihak yang mengeluarkan gosip itu mendakwa ia datang dari sumber sahih.

Mujurlah umah penggosip tidak mudah menerima sesuatu berita tanpa bukti kukuh. Mereka mempertikaikan mengapa pula Neelofa mahu menjadi isteri ketiga seorang VVIP kerana dia sendiri sudah menempa kejayaan dalam perniagaan dan tidak perlu ‘tumpang sekaki’ kejayaan individu lain dengan menjadi isteri ketiga.

Persoalan mengenai gosip itu telah diajukan kepada Neelofa di akaun Instagram miliknya oleh seseorang, dan Neelofa mendakwa orang ramai lebih bijak menilai tentang kesahihan gosip seperti itu.


Sabar sajalah Neelofa dengan gosip tidak berasas seperti ini. Setahu kami memang Neelofa menjadi isteri ketiga tetapi itu hanya watak lakonannya dalam telefilem Wan Embong yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 baru-baru ini.

Orang berjaya sememangnya dicemburui dan pasti cuba dijatuhkan. Diharap penerangan Neelofa ini menjawab segala persoalan mengenai gosip tersebut. Kredit: BeautifulNara


No comments