Paan Bunkface bakal tamatkan zaman bujang dengan tauke Restoran

Gitaris utama kumpulan Bunkface, Ahmad Farhan Hashim atau Paan, 28, bakal menamatkan zaman bujangnya pada 2 Januari depan.


Paan Bunkface bakal tamatkan zaman bujang dengan Tauke Restoran
Paan Bunkface bakal tamatkan zaman bujang dengan Tauke Restoran (Foto BH Online)
Paan akan bernikah dengan gadis dikenali sebagai Nurul Aqilah Azlan, 26, di Zamzam Grand Ballroom, Shah Alam.

Majlis resepsi mereka dijangka diadakan di lokasi sama, keesokannya.


Difahamkan bakal isteri Paan mengusahakan perniagaan kafe bijirin, Like.Seriously di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Menurut Paan, dia mula mengenali Aqilah sejak tahun 2006.

"Kami berjumpa di pertandingan Battle Of The Band yang dianjurkan teman Aqilah di Bukit Jelutong, Shah Alam.

"Pertemuan kami dipermudahkan. Saya menghampirinya dan hendak dijadikan cerita, dia membalas perkenalan saya.

"Selama mengenali Aqilah, dia sangat memahami saya dan kerjaya saya. Dia kenal saya sejak zaman saya tak ada apa-apa hinggalah bersama Bunkface," katanya.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada hari ketiga Syawal lalu dan mula membuat perancangan untuk bernikah sejak enam bulan lalu. - BH Online



No comments