Terkini

Padah Buruk Menimpa Kerana Letupkan Mesin Menjual Kondom!!..

BERLIN: Padah cuba merompak mesin menjual kondom, seorang lelaki berusia 29 tahun maut akibat terkena serpihan logam mesin terbabit yang meletup dalam kejadian pada Hari Krismas di Schoeppingen, Jerman, baru-baru ini.


Letupkan Mesin Menjual Kondom
Padah Buruk Menimpa Kerana Letupkan Mesin Menjual Kondom!!..
Memetik laporan Reuters, insiden menyayat hati itu berlaku ketika mangsa dan dua lagi rakannya cuba memecahkan mesin tersebut dalam cubaan untuk merompak sejumlah wang yang berada di dalam mesin layan diri menjual kondom itu.


Mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri ketika letupan berlaku menyebabkan serpihan logam terbabit terkena kepalanya.

Akibat letupan terbabit, wang dan kondom bertaburan di tempat kejadian.

Mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di barat bandar Schoeppingen, dekat sempadan Belanda oleh rakannya dengan mendakwa mangsa mengalami kecederaan kerana terjatuh dari tangga.

Bagaimanapun, helah kedua lelaki tebabit dapat dihidu oleh pihak hospital, sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk menyiasat insiden berkenaan.

Selepas disoal siasat oleh pihak berkuasa, salah seorang daripada mereka mengaku meletupkan mesin kondom berkenaan, sebelum serpihan logan itu terkena kepala mangsa. - Agensi



No comments