Padah Tak Gunakan Jejantas, Lelaki Maut Dirempuh Komuter di Klang

GARA-GARA enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar tren komuter KTM berhampiran Stesen Setia Jaya menghala Klang, Selangor, tengah malam tadi.


Padah Tak Gunakan Jejantas, Lelaki Maut Dirempuh Komuter di Klang
Padah Tak Gunakan Jejantas, Lelaki Maut Dirempuh Komuter di Klang
Dalam kejadian jam 12.35 tengah malam, mangsa yang merupakan warga Nepal, Gelje Sherpa, 30, dilaporkan tercampak kira-kira lima meter dari tempat rempuhan, susulan penemuan selipar miliknya.


Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai melintas landasan kereta api berkenaan ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Pangsapuri Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menggunakan laluan ini untuk pulang ke rumah sebelum dilanggar kereta api dan tercampak.


“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat ,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: The Rakyat Post


No comments