Terkini

Pasangan suami isteri, pelajar IPTA dalang proses cecair vape ganja

Dua pasangan suami isteri serta seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) antara tujuh individu yang ditahan polis berhubung kegiatan memproses dan menjual cecair vape mengandungi ganja dalam tiga serbuan sekitar Selangor kelmarin.


Cecair Vape Perasa Ganja (Gambar Hiasan)


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shariff berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 214 botol cecair vape dan 7.1 kilogram daun kering disyaki ganja dalam serbuan yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 6.45 petang oleh Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.


“Siasatan mendapati, sindiket ini sudah beroperasi sejak Ogos lalu dan mereka hanya menjual barang terlarang itu kepada pelanggan tetap melalui online dan COD (cash on demand) selepas dihubungi.




“Serbuan dilakukan di Banting, Kelana Jaya dan Ampang. Kesemua tangkapan direman selama seminggu bermula kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pagi tadi, lapor Kosmo.


No comments