Terkini

Pelajar Ponteng Sekolah, Lakukan Seks 4 Jam Dengan Teman Lelaki

Seorang pelajar perempuan di Jembrana yang hanya dikenali sebagai A (13) dipercayai telah ponteng sekolah untuk bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun yang dikenali sebagai R.


Pelajar Ponteng Sekolah, Lakukan Seks 4 jam Dengan Teman Lelaki
Pelajar Ponteng Sekolah, Lakukan Seks 4 jam Dengan Teman Lelaki (Gambar Hiasan)
Apa yang mengejutkan, ketika ponteng, pasangan ini telah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.


Kes ini terbongkar apabila rakan A telah memberitahu ibu bapanya mengenai ketidakhadiran beliau ke sekolah.

Ketika waktu sekolah tamat, kepulangan A telah ditunggu oleh ibu bapanya. Segala persoalan akhirnya terbongkar.

Dalam pengakuannya, A mengaku dijemput oleh teman lelakinya dan dibawah ke rumah hingga waktu sekolah tamat. Ketika itulah mereka melakukan hubungan seks.

Terkejut dengan pengakuan itu, ibu bapa A telah membuat laporan di balai polis Jembrana pada Selasa lepas.

Kasat Reskrim Polres Jembrana, AKP I Gusti Made Sudharma Putra mengesahkan pihaknya menerima laporan persetubuhan remaja di bawah umur itu.


Pihak polis telah pun menangkap R, Khamis lepas.

"Setelah diinterogasi, keduanya mengakui melakukan 3 kali hubungan seks bermula pukul 08.00 pagi hingga pukul 12.00 tghari," katanya.

Demikian dilaporkan dari Tribunnews.


No comments