Header Ads

  • Terkini

    Pelajar Tahfiz Maut Lemas Di Pantai Setiu, Seorang Lagi Masih Hilang

    SETIU – Seorang daripada remaja yang hilang ketika bermain air bersama rakannya di Pantai Rhu Sepuluh di sini, semalam ditemui lemas pagi ini kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.


    Pelajar Tahfiz Maut Lemas Di Pantai Setiu, Seorang Lagi Masih Hilang
    Pelajar Tahfiz Maut Lemas Di Pantai Setiu, Seorang Lagi Masih Hilang - Foto Sinar Online
    Mayat Muhamad Naim Adnan ditemui terapung kira-kira pukul 11.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat yang memulakan operasi pencarian awal hari ini.


    Ketua ‎Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata pasukan penyelamat berdepan kesukaran membawa naik mayat mangsa ke kawasan pantai berdekatan lokasi pencarian berikutan keadaan ombak kuat.

    ANGGOTA Bomba bersiap sedia untuk memulakan operasi pencarian 3 orang pelajar tahfiz dari Johor yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu. - Foto Ehsan Bomba

    Katanya mangsa berusia 17 tahun itu terpaksa dibawa menaiki bot ke Jeti Kuala Merang sebelum dihantar ke Hospital Setiu.

    Anggota Bomba dan Penyelamat meredah ombak untuk mencari dua pelajar tahfiz yang dipercayai lemas di Pantai Rhu 10, Penarik hari ini. Foto Kosmo

    “Jadi kami percaya dengan petunjuk itu, seorang lagi mangsa akan ditemui dalam masa terdekat dengan usaha dan gerakan mencari dipergiatkan,” katanya kepada pemberita.


    Semalam dua pelajar berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan bersempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu, hilang ketika bermain air di Pantai Penarik Setiu.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, seorang lagi rakan mereka Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan orang ramai manakala Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, masih hilang. – BERNAMA


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad