Terkini

Pelik dan Terkejut, Ayam Jantan Mengeluarkan Telur Sebesar Guli !!..

Segamat – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ayam jantan peliharannya mengeluarkan telur sebesar guli.


Ayam Jantan Mengeluarkan Telur Sebesar Guli
Md. Shamshir Mustaffar, 50, berkata kejadian disedari olehnya pada jam 6.30 petang semalam apabila ayam jantan yang sudah dipeliharnya sejak beberapa tahun lalu dilihat sedang duduk di dalam satu kotak yang menjadi tempat ayam betina bertelur.


Menurut Shamshir, ayam yang digelar “Hero” itu tidak berkokok sebaliknya seolah-olah sedang mengeram sesuatu di dalam kotak itu.

“Saya kemudian pergi ke reban yang terletak berhampiran rumah dan melihat Hero sedang duduk di dalam kotak yang dijadikan tempat ayam betina bertelur dan melihatnya seolah-olah sedang mengeram sesuatu.

“Saya kemudian memeriksanya dan terkejut apabila mendapati sebiji telur ayam bersaiz guli berada di bawahnya dalam keadaan panas seperti baru sahaja bertelur,” kata beliau memetik laporan Utusan Online.

Menurut Md. Shamsir lagi, Hero juga seolah-olah bersifat protective dan cuba mematuk tangannya apabila dia cuba mengalih telur tersebut.


“Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian mistik kerana percaya ini adalah kebesaran Allah. Tambahan pula, Hero merupakan ayam kacukan antara ayam hutan dengan ayam kampung,” ujarnya. - Utusan Online


No comments