Terkini

Pemandu Viva Putih terima padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Lelaki, 40 ditahan selepas disyaki menunjuk isyarat lucah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di KM 92 Lebuhraya PLUS dekat Yong Peng, semalam.


Pemandu Viva Putih terima padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor
Pemandu Viva Putih terima padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor
Pegawai Kanan Polis merangkap Ketua Keselamatan Sultan Johor, Sugumaran A/L Raman berkata kejadian itu berlaku semasa rombongan perjalanan pulang Sultan Johor dari Muar ke Johor Bahru pada jam 11.20 pagi.


“Suspek yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan” katanya.


Supek kemudian ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Air Hitam untuk tindakan lanjut.


BERIKUT INI LAPORAN POLIS YANG DIBUAT:

Assalamualaikum YDH Dato'/Tuan

1. Tajuk : Satu kejadian ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
2. No rpt/tkh : Yong Peng/4239-4240/15@20/12/2015@ 12:00Hrs.
3. Klasifikasi: 506/509 KK
4. IO Kes :Insp Sugendharan Nair A/L Karunagaran (016-7590306)
5. Pengadu : Sugumaran A/L Raman G/12547
Pekerjaan: Ketua Keselamatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Alt: IPK Johor

6. Mangsa : Tiada

7. FaktaKes :
Pada jam lebih kurang 1120hrs @ 20/12/2015 semasa pengadu bersama sjn 70884 Mukhlas Bin Dinyati, Kpl 89563 Hj Othman Bin Hj Mohd Anuar dan Kpl 115767 Maisan Bin Kasim dengan menaiki m/kar nombor pendaftaran:JZ 12 jenis: Porsche Cayenne S sedang mengiringi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu m/kar nombor pendaftaran BLD 345 jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan. Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pengadu supaya mengambil tindakan terhadap lelaki melayu pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda. Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan pengadu bersama anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki melayu tersebut dan telah meminta butir-butir suspek dan dapati:

Butir-Butir Tangkapan :

Nama : Md Aris Bin Husin
No. KPT: 750330015153
Umur : 40
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 30/03/1975
Keturunan : Melayu
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

Butir-Butir Rampasan:

No : 1
Jenis Barang : Kunci Kenderaan Dan Alarm
Kuantiti : 1 Bentuk
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan : Di Ambil Daripada M/Kar No:BLD 345 Jenis:Perodua Viva warna Putih


No : 2
Jenis Barang : Motokar (Saloon)
Kuantiti : 1 Buah
No Siri : BLD345
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan : Diambil Daripada Pemandu M/Kar

Kemudian pengadu dan anggota bawa balik lelaki melayu tersebut dan rampas kereta perodua viva BLD 345 ke Balai Polis Air Hitam untuk mengambil tindakan seterusnya. Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan kepada suspek untuk ditandatangani beliau. Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik Ipd Batu Pahat.

Hasil soalsiasat:

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga. Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Hasil ujian air kencing negatif.

8) Tangkapan :
Nama : Md Aris Bin Husin
No. K/p Baru : 750330015153
Umur : 40
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 30/03/1975
Keturunan : Melayu
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

9)Tindakan yang diambil.
i) Rakaman percakapan pengadu
ii) Rakaman percakapan okt.
iii)Reman ke atas saspek.
iv)Rujuk kertas siasatan kepada YA TPR.

Sekian untuk makluman YDH Dato'/Tuan. Terima kasih.


Hasil siasat polis ke atas suspek mendapati bahawa lelaki itu dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.


No comments