“Penderma Dana RM2.6 Bilion Tidak Mengharapkan Balasan..” – PM

Kuala Lumpur – Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kuala Lumpur – Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Penderma dana RM2.6 bilion tak harapkan balasan – PM
Pengakuan itu dinyatakan Najib yang juga Presiden Umno pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.


Memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib bersifat terbuka ketika berucap menyentuh mengenai kontroversi derma politik tersebut.

BACA: Video: “Tok Arab gila pun takkan bagi duit RM2.6 bilion” - Tun Mahathir

“Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.

“Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena PAU 2015 di sini, Selasa malam.

Turut sama pada sidang media itu ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib turut memberitahu perwakilan bahawa kerajaan kini berhadapan cabaran ekonomi yang ditimbulkan berdasarkan fakta tidak benar.

Kata Ahmad Zahid, selain isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyumbang kepada cabaran berkenaan.

“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.


“Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.

“Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya, lapor mStar Online.


COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: “Penderma Dana RM2.6 Bilion Tidak Mengharapkan Balasan..” – PM
“Penderma Dana RM2.6 Bilion Tidak Mengharapkan Balasan..” – PM
Kuala Lumpur – Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
http://2.bp.blogspot.com/-ZL0RLYgQQS0/VmeGRwPNiHI/AAAAAAAAyIk/4nDk8Huy1Gw/s1600/perhimpunan-umno.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-ZL0RLYgQQS0/VmeGRwPNiHI/AAAAAAAAyIk/4nDk8Huy1Gw/s72-c/perhimpunan-umno.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2015/12/penderma-dana-rm26-bilion-tidak.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2015/12/penderma-dana-rm26-bilion-tidak.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy