Header Ads

  • Terkini

    Pengharaman VAPE Di Negeri Johor Sah Dikuatkuasa 1 Januari 2016

    Susulan dari titah yang dikeluarkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengharamkan rokok elektronik (vape) di Johor, Kerajaan Negeri Johor memutuskan pengharaman rokok elektronik tersebut sah dan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016.


    Pengharaman VAPE Di Negeri Johor Sah Dikuatkuasa 1 Januari 2016
    Pengharaman VAPE Di Negeri Johor Sah Dikuatkuasa 1 Januari 2016
    Keputusan tersebut dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

    BACA: Sultan Johor tidak benarkan perniagaan vape di seluruh negeri Johor


    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata, mereka yang ingkar bakal berdepan dengan tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKta 171) Undang-Undang Kecil bahagian perlesenan.

    Larangan berkenaan termasuklah memiliki, menjual dan menyimpan vape di premis perniagaan.

    Selain itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan denda antara RM500 sehingga RM2000 serta segala barangan berkaitan akan dirampas oleh pihak berkuasa.

    Beliau menambah, pelaksanaan tersebut adalah wajar bagi memelihara kesihatan dan menjaga kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.


    Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor di atas saranan Baginda mengenai pengharaman vape di negeri itu.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad