Terkini

Perbuatan jijik kekasih bekas isteri terhadap anaknya kini terbongkar

KUALA LUMPUR: Perbuatan jijik seorang lelaki yang melakukan seks oral terhadap seorang kanak-kanak perempuan terbongkar apabila bapa mangsa melihat aksi tidak senonoh itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, baru-baru ini.


Perbuatan jijik kekasih bekas isteri terhadap anak akhirnya terbongkar
Perbuatan jijik kekasih bekas isteri terhadap anaknya kini terbongkar (Gambar Hiasan)
Dalam kejadian tersebut, bapa mangsa terkejut dan berang apabila melihat perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang merupakan kekasih kepada bekas isterinya terhadap salah seorang anak perempuannya.


Memetik laporan portal News Hub, bapa mangsa dikatakan pergi ke rumah bekas isterinya untuk melawat anak perempuannya yang berusia 11 dan 12 tahun sekitar jam 10 pagi pada 26 November lalu.

Bagaimanapun, bekas isterinya yang berusia 45 tahun enggan membenarkannya masuk dengan menyatakan bahawa anak-anak tiada di rumah.

Namun, helah bekas isterinya itu dapat dihidu olehnya yang mengesyaki sesuatu sedang berlaku, sebelum segera masuk ke dalam rumah berkenaan bagi mencari kedua anak perempuannya.

Sejurus masuk ke dalam bilik tidur, lelaki tersebut terkejut apabila mendapati seluar anaknya yang berusia 12 tahun dalam keadaan terlondeh, selain kekasih isterinya itu sedang melakukan perbuatan terkutuk.

Bagaimanapun, suspek, 27, yang terkejut kerana perbuatannya terbongkar segera melarikan diri.

Kejadian tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard yang menyatakan bapa mangsa kemudian segera membuat laporan polis.

“Kami telah menyoal siasat kanak-kanak itu dan salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama diperlakukan sedemikian

“Mangsa mendakwa kali pertama adalah pada 25 Nov.

“Kanak-kanak itu telah mendapat pemeriksaan pihak hospital. Kami dimaklumkan bahawa semuanya baik-baik saja – tiada koyakan,” katanya seperti dilapor portal itu lagi.


Tambah ACP Willey, bekas isteri lelaki terbabit bagaimanapun enggan bekerjasama dengan pihak polis dan cuba menafikan dakwaan yang dibuat kedua anak perempuannya.

Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai sejak 8 tahun lalu dan suspek tinggal bersama wanita itu sejak 4 tahun lalu. - mD


No comments