Piala Malaysia: Hampir 70% Tempat Duduk Dipenuhi Penyokong Kedah

SHAH ALAM: Hampir 70 peratus tempat duduk di Stadium Shah Alam di sini yang menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor menentang Kedah dipenuhi penyokong skuad Helang Merah.


Piala Malaysia: Hampir 70 Peratus Tempat Duduk Dipenuhi Penyokong Kedah
Walaupun Skuad Red Giants beraksi di laman sendiri, namun lautan hijau kuning lebih menguasai ruang stadium sejak dibuka pada pukul 4 petang.


Rata-rata tempat duduk di sebelah kanan stadium dipenuhi oleh penyokong Kedah sejak pukul 6 petang sehingga terdapat di antara mereka terpaksa berkongsi tempat duduk di ruang penyokong Selangor.

Bagaimanapun terdapat lebih 1,000 penyokong Kedah kelihatan masih mencari tempat duduk yang telah dipenuhi.

Terdapat ribuan penyokong Selangor masih berada di luar stadium untuk memenuhi tempat duduk daneberi sokongan padu kepada skuad merah kuning.


Perlawanan yang menyaksikan Selangor akan memburu kejuaraan kali ke-33 itu akan bermula pada pukul 9 malam berbanding waktu biasa pada pukul 8.45 malam.

Perlawanan pada malam ini bakal mengimbau kembali aksi final Piala Malaysia pada 2008 yang menyaksikan kedah menang 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


No comments