PNB umumkan agihan dividen dan bonus bagi ASB untuk tahun 2015

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015.


PNB umum dividen 7.25 sen, 0.50 sen bonus bagi ASB utuk tahun 2015
PNB umum dividen 7.25 sen, 0.50 sen bonus bagi ASB utuk tahun 2015
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3% berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.


BACA: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) umumkan dividen untuk 2015

Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.

“Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di Kuala Lumpur. – Bernama, 29 Disember, 2015.



No comments