Polis tahan pemandu bas ekspres terbabit nahas akibatkan 4 terkorban

JELI: Polis menahan pemandu bas eksres yang terbabit dengan kemalangan sehingga mengakibatkan empat terkorban di Lebuhraya Timur-Barat di sini, awal pagi Jumaat.


Polis tahan pemandu bas ekspres terbabit nahas akibatkan 4 orang maut
Polis tahan pemandu bas ekspres terbabit nahas akibatkan 4 orang maut
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, pemandu berusia 26 tahun itu ditahan selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam insiden pada pukul 1.30 pagi itu, bas ekspres dari Butterworth, Pulau Pinang ke Kuala Terengganu bergesel dengan sebuah treler di Km124, Lebuhraya Timur-Barat di Batu 14 di sini.

Penumpang yang maut dikenal pasti sebagai Hasiah Osman, 57, dan anaknya, Muhammad Amir Abdul Rahim, 16, berasal dari Kampung Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dua lagi dikenal pasti sebagai Nor Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, dari Kampung Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu dan Mohd Syafiq Azrul Azmi, 25, dari Losong, Terengganu.


Seorang lagi penumpang bas cedera parah dan sedang dirawat di hospital besar di sini.

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu bas hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler. - Bernama

No comments