Terkini

Rani Kulup Ingatkan Kumpulan G25, Kalau Mati Gali Kubur Sendiri!!..

Abdul Rani Kulup menyindir kumpulan bekas penjawat awam G25, apabila mencadangkan agar anggota kumpulan itu menggali kubur sendiri jika meninggal dunia.


Rani Kulup Ingatkan Kumpulan G25
Rani Kulup Ingatkan Kumpulan G25, Kalau Mati Gali Kubur Sendiri!!..
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu berkata, dia membuat cadangan itu ekoran kumpulan terbabit sering mengeluarkan kenyataan bercanggah berkaitan hukum agama hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penganut Islam.


“Saya tidak faham dengan tindakan G25 ini. Saya pun pesara kerajaan dan G25 ini semua pesara kerajaan berjawatan tinggi dan ada yang bergelar Tan Sri.

“Tetapi kumpulan ini macam tidak ada pelajaran kerana sering mengeluarkan kenyataan berkaitan agama yang boleh mencetuskan permasalahan dalam kalangan umat Islam,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Abdul Rani turut menegaskan, agar polis mengambil tindakan tegas dengan menyoal siasat kumpulan terbabit kerana sering menyentuh isu yang melibatkan sensitiviti agama.

Dalam pada itu, dia yang membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tampil membantu polis dalam menyiasat Presiden G25,


Noor Farida Ariffin dan mengambil tindakan tegas terhadapnya sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak menghina hukum Allah S.W.T dan perundangan negara.


No comments