Terkini

Remaja Terkejut.... Jumpa janin cukup sifat terapung-apung di sungai

Tumpat: Satu janin cukup sifat ditemui terapung di dalam sungai berhampiran jeti di Kampung Pasir Pekan di sini, semalam.


Remaja jumpa janin cukup sifat terapung dalam sungai
Dalam kejadian 4 petang itu, janin itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh Wan Mohd Aidil Hakim Mohd Soghir, 13.

Wan Mohd Aidil memaklumkan penemuan itu kepada ayahnya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, janin itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.- Sinar Online




No comments