Rozita Rohaizad Minta Gambar Jenazah Arwah Ibunya Tidak Disebarkan

Rozita Rohaizad iaitu salah seorang anak kepada Allahyarhamah Seniwati Mariani meminta agar mana-mana jurufoto atau sesiapa yang ada mengambil gambar wajah ibunya itu tidak menyiarkannya di mana-mana.


Rozita Rohaizad Minta Gambar Jenazah Arwah Ibunya Tidak Disebarkan
"Semalam ada jurufoto yang hadir dan mengambil gambar wajah jenazah. Selepas ditegur dia terus lari. Saya tak mahulah nanti jika gambar tersebut disiarkan dan jadi viral pula nanti. Tak baiklah ambil gambar orang yang dah tak ada. Saya minta hormatilah perasaan keluarga.


"Jurufoto tersebut juga tidak meminta izin dari keluarga terlebih dahulu. Pada saya hentikanlah ambil gambar orang yang tak ada. Gambar sesiapa pun lah jika mereka sudah tiada nanti. Hentikan tabiat ini. Tak elok kan. Biarkan jadi kenangan di minda kita sahaja," pinta Rozita.

Rozita merupakan anak daripada suami kedua. Sepanjang hidupnya, Mariani pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala.

Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad, Mariani mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain & Syed Nazran dan Syed Hasnidan.

Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.

Semoga roh Allahyarhamah Mariani dicucuri rahmat oleh Allah SWT.


No comments