Rumah anak TPM di Kajang, Datuk Nurulhidayah dipecah masuk perompak

Kajang - Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas rumah yang didiaminya di Country Height, Kajang dipecah masuk awal pagi tadi.


Rumah anak TPM di Kajang, Datuk Nurulhidayah dipecah masuk
Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, kejadian tersebut adalah kali kedua berlaku selepas April tahun lalu.


Katanya, barang yang dirompak termasuk komputer riba, jam tangan, cincin perkahwinan, barang kemas serta barang peribadi dengan anggaran kerugian mencecah RM25,000.

Nurul dan suami kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kajang pada 11 pagi.

Jelas Adnan, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Insiden seumpama ini merupakan kejadian kedua berlaku di kediaman Nurul di Country Heights, Kajang.


No comments