“Saya ada 3 kerja, ramai dah di Malaysia buat #2kerja” - Ahmad Maslan

Selepas teruk dikritik netizen kerana mencadangkan supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan, Datuk Ahmad Maslan akhirnya membuat penjelasan lanjut berkenaan cadangan itu.


Datuk Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu menerusi twitter menjelaskan, saranan itu hanya melibatkan kepada perniagaan atas talian atau e-commerce.


Katanya, rakyat Malaysia boleh meneruskan pekerjaan sedia ada pada siang manakala sebelah malam atau hujung minggu boleh menjalankan perniagaan secara atas talian untuk menambahkan pendapatan.

Katanya, kerja-kerja sampingan itu boleh dilakukan tanpa menjejaskan prestasi pekerjaan utama setiap hari.

“Saya sebut lakukan dua kerja bukan luar biasa ketika ditanya wartawan dalam konteks bussines online/ perniagaan atas talian atau e-commerce.

“Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,” tulisnya.

Ahmad Maslan memberi contoh beliau sendiri melakukan tiga kerja iaitu sebagai Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.


Katanya, ramai rakyat Malaysia melakukan dua kerja dan berusaha gigih untuk mencari rezeki halal.

“Saya ada tiga kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Ketua Penerangan UMNO. Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” jelasnya.


No comments