Terkini

“Saya percayakan suami dahulu dan bukan orang luar” - Almy Nadia

Dugaan dalam hidup rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Pernah dilanda kontroversi berkaitan suaminnya dengan seorang pelakon baru tahun ini, Almy Nadia menjelaskan dia meletakkan kepercayaan kepda suami terlebih dahulu.


Almy Nadia, Fizz Fairuz
 “Saya percayakan suami dahulu dan bukan orang luar” - Almy Nadia
“Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap”


BACA: Respon Almy Nadia ekoran WeChat Fizz Fairuz mengoda Fara Mendoza

Wechat Fizz Fairuz, Fara Mendoza


“Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?” jelas Almy kepada Utusan Malaysia.

SAKSIKAN: 14 Gambar Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Sah Bergelar Suami Isteri


Gambar Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Sah Bergelar Suami Isteri

Tambah Almy, berikutan kontroversi yang berlaku melibatkan suaminya itu, dia mengakui merasa sakit hati namun dia mengambil pendekatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan daripada pihak suami terlebih dahulu.


“Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar”


“Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri,” jelasnya lagi. Apa pun semoga pasangan ini sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan mendatang.


No comments