“Saya tak tolak jika diminta buka tudung kerana cari rezeki” – Normah Damanhuri

Pelakon Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.

Pelakon Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.


Normah Damanhuri
“Saya tak tolak jika diminta buka tudung kerana cari rezeki” – Normah Damanhuri
Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.

“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak,” katanya kepada mStar Online.


Normah diminta mengulas mengenai kekeliruan peminat melihat imejnya yang adakalanya bertudung dan ada masanya tidak.

Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.

Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.

“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, kata Normah, dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.

Normah Damanhuri
Normah Damanhuri

Ia disebabkan sikapnya yang dapat memberikan komitmen kerja yang tinggi dan seorang berdisiplin.

“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.

“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.


“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Normah bakal muncul menerusi filem Langit Cinta, arahan Osman Ali pada Januari tahun depan selain drama Tentang Hati, terbitan Global Station.


COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: “Saya tak tolak jika diminta buka tudung kerana cari rezeki” – Normah Damanhuri
“Saya tak tolak jika diminta buka tudung kerana cari rezeki” – Normah Damanhuri
Pelakon Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.
http://1.bp.blogspot.com/-nmaWUXkQjw4/Vl_mOD8tNwI/AAAAAAAAxx8/2EmClALvdDA/s1600/Normah%2BDamanhuri.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-nmaWUXkQjw4/Vl_mOD8tNwI/AAAAAAAAxx8/2EmClALvdDA/s72-c/Normah%2BDamanhuri.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2015/12/saya-tak-tolak-jika-diminta-buka-tudung-normah-damanhuri.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2015/12/saya-tak-tolak-jika-diminta-buka-tudung-normah-damanhuri.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy