Header Ads

  • Terkini

    Sayu.. 45 Gambar Kenangan & Sekitar 'Pemergian' Arwah Yus Jambu

    45 Gambar Sekitar Kenangan Arwah Yus Jambu dan gambar-gambar rakan artis melawat jenazah arwah di hospital Selayang. Al-Fatihah, semoga ruh beliau ditempatkan oleh Allah SWT dikalang ruh orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.. Amin


    Gambar Kenangan & Sekitar 'Pemergian' Arwah Yus Jambu
    Gambar Kenangan & Sekitar 'Pemergian' Arwah Yus Jambu
    Sumber berita rasmi mengatakan punca a Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015, pada 12.30 pagi, di Hospital Selayang adalah akibat sesak nafas.


    Difahamkan juga, sesak nafas yang dialami oleh arwah adalah akibat serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai.

    Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.


    Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
    Nama Sebenar: Yusryy Edoo
    Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
    Umur: 39 Tahun
    Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
    Status: Bujang Belum Berkahwin
    Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
    Asal: Kangar Perlis
    Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
    Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
    Laman Instagram: www.instagram.com/yus_jambu76
    Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’
    Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi
    Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.


    Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015
    Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



    Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
    Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.



    Pak Yus Jambu Meninggal Selepas Menjayakan Program Raja Band

    Menyayat hati apabila Program Raja Band yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam 29 November 2015 adalah event terakhir buat arwah Yus Jambu. Untuk info, Yus Jambu meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjayakan program “Raja Band” pada lewat malam Ahad 29 November 2015.


    Pengumuman Rasmi Yus Jambu Disahkan Meninggal Dunia 30.11.2015
    Afdlin Shauki dan Jihan Muse turut memaklumkan bahawa Allahyarham Yus Jambu telah menghadap Ilahi.



    Status Terakhir Allayarham Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
    Sehari sebelum meninggal dunia, Pak Yus sempat mengucapkan Al-Fatihah kepada Raja Muda Kedah menerusi laman Instagram miliknya.


    Gambar Jenazah Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30 November 2015




    Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015
    Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.















    Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarham Yus Jambu 30.11.2015
    Allahyarham Pak Yus Jambu telah selamat disemadikan di kampung halamannya di Kangar Perlis selepas selesai solat Zohor. Sebelum itu, jenazah Yus Jambu sempat dimandikan dan disembayangkan di Masjid Nurul Iman, Bintong, Kangar.







    Foto Kenangan Pak Yus Bersama Kumpulan Jambu


    Yus Dalam Kumpulan Virus Di Maharaja Lawak Mega


    Al-Fatihah Yus Jambu Dalam Kenangan 1976-2015












    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad