Suami Hanez Suraya, Ungkit Kisah Lama Hidup Dengan Bekas Isteri

SETELAH kisah cintanya dengan Hanez Suraya sering dianggap punca perceraian perkahwinan terdahulu dan dia sendiri dikatakan berlaku tidak adil terhadap bekas isterinya Liyana Manan, Romie akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuduhan yang selalu dilemparkan kepadanya.


Suami Hanez Suraya, Romie Dedah Sikap Sebenar Bekas Isteri
Romie menjelaskan, sewaktu dia dan bekas isteri berpisah mereka telah menulis satu perjanjian bahawa anak sulung akan berada di bawah jagaannya manakala anak kedua diberikan kepada bekas isterinya. Terdapat juga beberapa perjanjian lain yang yang tidak dipatuhi Liyana.

BACA : Hanez Suraya Punca Keruntuhan Rumah Tangga Saya - Isteri Mr R


“Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.

“Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?” katanya.

BACA: NurLiyana Tarik Balik Permohonan Fasakh Terhadap Romie

Romie berkata, dia juga terkejut apabila anak keduanya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan hinggakan dia terpaksa mengambil anaknya itu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Tegasnya, Hanez Suraya tidak pernah mencampuri urusan antara dirinya dan Liyana justeru dia berasa pelik mengapa bekas isterinya itu terus menerus memburukkan Hanez Suraya.


“Saya tahu masyarakat menyebelahi NurLiyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah. Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-gala untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua.

BACA: Hanez Suraya Dikecam Peminat, Tayang Peha Di Laman Sosial

“Mereka hidup selesa atas hak saya tetapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya? Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Mereka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami,” ujar Romie lagi.

Sumber: Roti Kaya


No comments