Tak ada Pinggan ke?!! Makan guna lampin pakai buang... Apa cerita ni?

TINDAKAN seorang pengguna Instagram memuat naik gambarnya sedang makan dalam lampin pakai buang di sebuah majlis baby shower baru-baru ini, mendapat kritikan netizen.


Makan guna lampin pakai buang... Apa cerita ni?
Tindakan individu terbabit yang sanggup menjamah makanan dalam lampin pakai buang itu dilihat sebagai ‘menjijikkan’ sementelah kita tahu apa kegunaannya, bukan?


Mungkin penganjur berasakan lampin pakai buang sebagai pengganti pinggan sesuatu yang kreatif namun tanpa disangka-sangka ianya dikritik pula oleh masyarakat.

Tak tahulah entah-entah di kemudian hari ada pula orang yang nak tiru style meraikan baby shower begini rupa.. tepuk dada tanya selera.




Ianya majlis peribadi dan kalau tetamu pun jenis sporting dan tak kisah apa kita nak sibuk.. dan kalau nak dikira soal adat atau adab, majlis raikan ‘Baby Shower’ itu pun dah terang-terangan bukan amalan masyarakat Melayu kot.


No comments