“Tak benarkan Muhyiddin, Shafie berucap satu kesilapan” - Mukhriz Mahathir

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.


Datuk Seri Mukhriz Mahathir
“Tak benarkan Muhyiddin, Shafie berucap satu kesilapan”  kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Gambar FMT)
Beliau berkata, keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti.


“Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat.

Baca: Video “Duit RM2.6b penyebab UMNO dipandang serong..” - Mukhriz

“Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat.

“Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti,” katanya pada majlis makan malam di Saloma Bistro pada Jumaat.

Hadir sama, ibubapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Muhyiddin dan Shafie.

BACA: Saya akan cuba faham mesej di sebalik kata kesat Anina, kata Mukhriz

Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sebelum ini lantang mendesak Najib meletak jawatan turut hadir majlis makan malam itu.

BACA: Mukhriz kini tersepit di antara Najib dan ayah sendiri – Raja Nong Chik

Mukhriz mengakui beliau berhadapan dengan risiko kerana menganjurkan majlis makan malam itu tetapi ia tidak bermakna tetamu yang hadir mahu menghancurkan UMNO.


“Saya akui saya mengambil risiko sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah tetapi jawatan itu tidak penting kerana apabila kita mati, apa yang kita perlukan hanya doa anak-anak.

“Perlembagaan parti dan negara tidak menyatakan adalah salah mengadakan majlis seperti ini. Ini adalah hak selagi kita melakukan perkara betul, UMNO akan kekal selama,” katanya lapor FMT NEWS


No comments