Terkini


‘Tak kisah jika orang nak label saya wanita mulut jahat..’ – Rita Rudaini

Kelantangan Rita Rudaini mempertahankan haknya sebagai seorang wanita dan juga hak anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Aidil kadangkala menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.


Rita Rudaini
Rita Rudaini
Ada yang beranggapan Rita terlalu lantang, suka menabur cerita dan macam-macam lagi. Bagi Abang Nara apa yang dilakukan oleh Rita hanyalah memperjuangkan masa depan anak-anaknya.

Bukan senang mahu mencari seorang wanita yang berhati besi seperti Rita ini. Selalunya perempuan akan mudah mengalah dan cepat putus asa.


Walaupun seringkali dilemparkan tohmahan, Rita Rudaini enggan mengambil pusing dengan kata-kata nista yang diterimanya. Kata Rita:-


Sebelum ini saya lebih banyak berdiam diri dan menangis. Namun, selepas pelbagai perkara berlaku dalam rumah tangga dan kehidupan, saya menjadi lebih berani untuk bercakap perkara yang benar. Saya tidak mahu menjadi hipokrit untuk ‘berlakon’ semuanya okey ketika ditemu bual pihak media, sedangkan tengah sakit hati.




Tidak kisahlah jika orang tidak suka atau melabel saya wanita mulut jahat. Sebabnya saya cakap benda yang benar-benar berlaku dalam kehidupan sendiri. Saya tidak pernah kacau atau maki orang lain. Sebelum ini saya sembunyi kahwin, orang keji juga. Jadi, lebih baik saya pilih berkata apa yang betul dan tidak hipokrit

Ada orang minta saya berhenti bercakap dengan pihak media. Masalahnya orang di luar sana tidak faham, bukan saya yang mencari media, tetapi sebaliknya. Kerja saya sebagai pelakon sering bertemu dengan pihak media. Apabila disoal saya akan beri kerjasama. Saya terima hakikat kisah peribadi lebih banyak diperkatakan kerana realitinya kes rumah tangga masih belum berkesudahan.

Namun satu perkara yang cukup menyedihkan ialah apabila bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak lagi datang menjenguk atau berhubung dengan anak-anaknya selepas berkahwin semula. Kata Rita:-

Rita Rudaini

Memang ada usaha untuk rapatkan hubungan Aidil dan anak-anak terutama yang bongsu langsung tidak kenal siapa bapanya. Sebelum dia berkahwin baharu, ada juga datang jenguk anak-anak. Namun, sudah lama dia tidak jenguk anak atau hubungi menerusi telefon. Saya lakukan apa yang termampu sahajalah, jika dia yang tidak mahu, tidak apalah.


Biarlah orang nak kata apa. Yang penting, Rita sudah buat yang terbaik demi anak-anaknya. Jangan peduli apa orang lain kata. Mereka tidak merasai apa yang anda rasai. Semoga Rita terus tabah dan berusaha keras untuk masa depan anak-anaknya. Sumber Kosmo.


No comments