Terkini

“Terlalu banyak kenangan manis dengan Tunku” - Datuk Siti Nurhaliza

KEMANGKATAN Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim turut dirasai penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza melalui kemaskini status di Twitter memberitahu akan sentiasa mengenang Tunku Abdul Jalil.


‘Terlalu banyak kenangan manis dengan Tunku’ - Datuk Siti Nurhaliza
‘Terlalu banyak kenangan manis dengan Tunku’ - Datuk Siti Nurhaliza
“Al-Fatihah. Perginya seorang peminat diraja saya. Patik akan selalu kenang YAM Tunku Laksamana Johor. Terlalu banyak kenangan manis,” tulisnya, malam tadi.

Almarhum disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.


Melalui kemaskini akaun Instagram sebelum ini, Siti dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Tunku Jalil malah Siti dan suminya, Datuk K kerap meluangkan masa melawat Almarhum.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu sidang media malam tadi berkata, istiadat pemakaman Almarhum akan dilakukan secara istiadat separuh kemangkatan diraja.

“Jenazah Almarhum akan mula dilakukan istiadat bersiram dan dikafankan bermula jam 7 pagi esok (hari ini).

Gambar Kenangan Datuk Siti Nurhaliza dengan Tunku Jalil
Gambar Kenangan Datuk Siti Nurhaliza dengan Tunku Jalil
“Kemudian jenazah akan disembahyangkan di bilik jenazah sebelah bilik singgahsana oleh kerabat diraja,” katanya.

Siti Nurhaliza dan suami, melawat Tunku Jalil di Hospital

Abdul Rahim berkata, jenazah Almarhum juga akan diletakkan di dalam keranda yang diselimuti bendera rasmi Tunku Laksamana Johor bersama topi dan pedang Polis Diraja Malaysia memandangkan beliau merupakan seorang anggota polis.



“Orang ramai dan kenamaan juga akan diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum bermula jam 9 pagi sehingga 11.30 tengah hari esok (hari ini).

“Jenazah dijangka akan dimakamkan selepas solat zuhur di Makam Diraja Mahmodiah di sebelah kanan Makam Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail,” katanya.

Difahamkan, perkabungan selama tiga hari kepada orang ramai dan tujuh hari kepada kerabat akan dilakukan selain penurunan semua bendera daerah Johor kecuali bendera Istana diturunkan separuh tiang selama tiga hari bagi menghormati kemangkatan Tunku Abdul Jalil. - Sinar Harian




No comments