Video: Anggota Polis Nyaris Bertumbuk Dengan Jurugambar Media

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berang dan nyaris bertumbuk dengan pengamal media apabila dia mendakwa ditolak seorang jurugambar.


 Anggota Polis Nyaris Bertumbuk Dengan Jurugambar Media
 Anggota Polis Nyaris Bertumbuk Dengan Jurugambar Media
Kejadian berlaku di perkarangan pintu masuk Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) semasa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri diiring keluar seusai melawat sayap-sayap parti bersidang.

Dalam kejadian itu, anggota polis berkenaan mendakwa kepalanya ditolak semasa mengawal keadaan namun tuduhan itu dinafikan jurugambar berkenaan.


Walaubagaimanapun pergelutan tersebut berjaya diredakan orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

Cubaan media untuk mengajukan soalan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak berhasil apabila beliau terus menaiki kereta dan beredar.





No comments