VIDEO: Lelaki dakwa Imam Mahdi, datang Malaysia mahu 'berdakwah'

Seorang lelaki Indonesia mendakwa dirinya Imam Mahdi, datang Malaysia baru-baru ini kerana ingin menyebarkan dakwahnya. Mengikut tradisi Islam, seorang lelaki yang bergelar Imam Mahdi akan muncul memimpin umat Islam menentang kezaliman sebelum tibanya hari kiamat.


VIDEO: Lelaki dakwa Imam Mahdi, datang Malaysia mahu berdakwah
VIDEO: Lelaki dakwa Imam Mahdi, datang Malaysia mahu berdakwah 
Sepotong hadis menceritakan Imam Mahdi akan dilantik di hadapan Kaabah sambil menerima bai’ah, atau sumpah setia dan taat, daripada pengikutnya.


Semalam, seorang lelaki Indonesia bernama Muhammad Zubir Amir Abdullah mendakwa dalam satu sidang media bahawa beliau telah menerima bai’ah tersebut and diperakui oleh pengikutnya sebagai Imam Mahdi.

BACA: Lelaki dakwa dirinya Imam Mahdi, buat sidang akhbar di Kuala Lumpur

Muncul di Malaysia untuk berdakwah kepada masyarakat di sini, Muhammad Zubir berkata dirinya telah melakukan upacara bai'ah tersebut bersama 11 pengikutnya pada 18 Julai lepas di antara batu hitam Hajarul Aswad yang terletak di sudut timur Kaabah dan makam Nabi Ibrahim.

“Saya mengangkat tongkat dengan tangan kanan dan meletakkan tangan kiri di dada diiringi pengikut mengangkat tangan kiri dengan telapak tangan dan jari terbuka serta meletakkan tangan kanan di dada mereka,” ujarnya lapor portal SuaraTV semalam.

Sepotong hadis menerangkan bahawa bai’ah tersebut akan berlaku “di antara makam Nabi Ibrahim dan sudut Kaabah”.

Sejurus selepas upacara tersebut, beliau ditahan kerajaan Arab Saudi, namun begitu dibebaskan 28 hari selepas itu.

Pengikut-pengikutnya menyifatkan tindakan itu sebagai satu bukti “keajaiban”, kerana belum pernah seseorang yang ditahan di negara itu atas tuduhan berkaitan agama dapat dibebaskan.


Muhammad Zubir memaklumkan beliau bersedia membuat pertemuan dengan pemimpin agama negara bagi mencapai satu titik persatuan tentang kedatangan “ketua pemimpin Islam”.


Sidang media beliau semalam berlangsung di tempat yang sama dengan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas.


No comments