Header Ads

  • Terkini

    VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Pengurus Restoran

    VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Pengurus Restoran. Dengan sekali lafaz, pelakon Nabila Huda kembali sah bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd. Izwan Johar pada Jumaat.


    Video Majlis Pernikahan Nabila Huda dengan seorang Pengurus Restoran
    Video Majlis Pernikahan Nabila Huda dengan seorang Pengurus Restoran
    Pasangan bak merpati dua sejoli ini diijab kabulkan di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 9.20 pagi

    BACA: “Majlis akad nikah, kami adakan serba ringkas sahaja...” - Nabila


    Pasangan ini dinikahkan di oleh bapa pengantin perempuan, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, 57, dan disaksikan jurunikah masjid, Khairuddin Haiyon.

    Nabila menerima lima dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM300 berbalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.


    A video posted by EH! (@ehmalaysia) on


    Pada majlis itu, anak vokalis kumpulan Search ini meluahkan rasa syukurnya terhadap majlis yang berjalan lancar.

    “Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.


    Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.

    Saksikan: 10 Gambar sekitar Majlis Malam Berinai Nabila Huda bertemakan Aloha

    Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani, 34; namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

    Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad